10 CARA MENJAGA MUKA DENGAN BAIK DAN EFEKTIF
Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik. Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah. 1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah? Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak ( oil control ) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup. 2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbaga...