KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TINGKATAN 6 (STPM)
Ramai yang tidak berminat untuk masuk ke tingkatan 6 (mengambil STPM) kerana laluan ini dikatakan salah satu laluan yang agak sukar dan perlu kembali semula ke sekolah. Mana-mana laluan pun ada kelebihan dan kelemahannya. Anda sendiri perlu yakin dengan diri sendiri dan berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut. Berikut kami kongsikan semua info mengenai tingkatan 6 berserta kelebihan dan kelemahannya. Laluan STPM ini juga merupakan antara laluan "fast-track" untuk perolehi degree selepas laluan Matrikulasi PST (Program 1 Tahun) dan Asasi (1 tahun). Untuk pengetahuan anda, majoriti universiti membuat pecahan kuota tempat setiap kursus adalah seimbang untuk semua lepasan pra universiti. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang berminat untuk ke tingkatan 6 maka peluang tinggi untuk berjaya dalam permohonan ke peringkat pengajian degree walaupun memperolehi keputusan yang cukup makan atau di tahap sederhana. Hal ini terjadi kerana, persaingan merebut tempat s...