4 kelebihan jam tangan casio gshock
Sebelum saya mulakan artikel sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jam tangan boleh masuk ke shopee link ini Jam tangan gshock petakJam tangan murah
Artikel pertama dalam ruangan TMS ini memilih untuk mengetengahkan mengenai salah satu jenama jam tangan yang paling polular di seluruh dunia, iaitu Casio G-Shock. Sebut sahaja mengenai jam tangan G-Shock, terlintas di fikiran kita semua tentang sebuah jenama jam tangan yang mempunyai design ala “berkotak-kotak” & sporty, daya ketahanannya ataupun bunyi penggera jam tangan tersebut. Walau apapun, berikut merupakan kelebihan yang kita sedar @ tak sedar mengenai jam tangan Casio G-Shock.
Jam tangan dengan gaya yang unik dan fleksibel digunakan di setiap tempat.
Semasa para pemakai jam tangan jenama lain (selain Casio G-Shock) berasa bimbang dengan keadaan & kesesuaian jam tangan mereka semasa menjalani aktiviti lasak @ semasa ingin ke majlis tertentu, para pemakai jam tangan Casio G-Shock pula berasa sebaliknya apabila mereka bebas untuk menggunakan jam tangan mereka dalam apa jua aktiviti & tempat mereka berada. Bahagian dinding luar jam tangan Casio G-Shock yang tebal direka khas untuk berdepan hentakan semasa aktiviti lasak. Selain itu, design jam tangan yang ala sporty memberikan para pemakai jam tangan tersebut agar kelihatan cool & bergaya semasa pergi ke majlis ataupun semasa kerja.
Daya tahan yang tinggi
Semasa pereka jam tangan Casio G-Shock mereka jam tangan pertama pada tahun 1980-an, pereka tersebut sememangnya bercita-cita untuk “mencipta sebuah jam tangan sukar untuk rosak @ pecah”. Bersandarkan kepada falsafah “tidak mudah pecah”, jenama jam tangan G-Shock mengetengahkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi bermula dengan lapisan tebal pada bahagian dinding luar yang menutupi seluruh jam, perlindungan kusyen pada bahagian penting dalaman jam tangan dan penggunaan gelang getah urathene yang meresap impak. Selain menyediakan ciri-ciri jam tangan yang tahan kesan hentakan (Shock Resistance), terdapat beberapa jenis jam tangan ini juga yang tahan kesan air (Water Resistance) sehingga mencecah kedalaman maksimum 200 meter.
Kemudahan penggera yang mudah
Kemudahan alat penggera sangat penting dalam kehidupan harian kita bermula daripada bangun pagi untuk mengejutkan kita daripada tidur sehinggalah untuk mengingatkan kita tentang sesuatu semasa sedang melakukan sesuatu aktiviti kerja. Menyedari hakikat tersebut, pereka jam tangan Casio G-Shock turut menyediakan kemudahan penggera untuk para pemakai dengan cara penggunaannya yang sangat mudah dan fleksibel. Penggera jam tangan ini juga menyediakan kemudahan set dan snooze yang membolehkan ianya sama seperti alat penggera lain. Bunyi penggeranya pula sudah cukup untuk mengejutkan para pemakainya.
Kemudahan Stop Watch
Kelebihan unik lain yang dimiliki oleh jam tangan Casio G-Shock adalah kemudahan jam randik @ stop watch. Kemudahan jam randik ini sangat penting semasa bersukan sama ada untuk melihat masa anda mengerah tenaga di dalam gym ataupun untuk melihat catatan masa anda semasa berlari. Anda tidak perlu bersusah payah membawa jam randik di dalam genggaman tangan anda sama bersukan @ berlari kerana hanya dengan memakai jam tangan Casio G-Shock anda boleh melihat & mengawal catatan masa anda.
Ulasan
Catat Ulasan